RM 1 Juta Diperlukan Untuk Membantu Kos Pembangunan Dan Kos Operasi Maahad Darul Quran

Maahad Darul Quran merupakan sebuah madrasah yang ditubuhkan hasil daripada perjuangan pelajar-pelajar Al-Azhar yang menginginkan pendidikan Islam terbela daripada sebarang anasir sekular. Salah seorang pelajar al-Azhar yang menjadi tonggak kepada penubuhan MDQ adalah ulama yang tidak asing lagi iaitu Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Penubuhannya bermula sebagai sebuah Masjid Rusila yang semakin mendapat tempat oleh masyarakat dengan pengisian kuliah agama. Kini MDQ telah dikenali dan kejayaannya dalam melahirkan produk graduan berkualiti.


Harapan pengasas Maahad Darul Quran, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ ‏

Maksudnya“Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya." 

Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880)


Maahad Darul Quran memerlukan sebanyak RM 1 Juta bagi membiayai kos pengurusan dan pembinaan Kompleks Pendidikan Maahad Darul Quran, Rusila seperti di bawah :

 Dana Kompleks Pendidikan Maahad Darul Quran 

Pengenalan Kompleks Pendidikan Maahad Darul Quran, Rusila

Dana ini akan digunakan bagi membiayai kos pembinaan Kompleks Pendidikan Maahad Darul Quran sebanyak RM 500,000

Kompleks Pendidikan Maahad Darul Quran ini menempatkan Pusat Pentadbiran Utama MDQ yang mempunyai :

  •  Pejabat Pentadbiran MDQ
  •  Bilik Mesyuarat, Bilik Guru dan Perpustakaan
  •  Bilik Kuliah Pelajar
  •  Dewan Tertutup dan Dewan Serbaguna
  •  Rumah Kediaman Pelajar
  •  Kuaters Kakitangan
  •  Kafeteria
  •  Surau

Perkembangan semasa pembinaan Maahad Darul Quran.

Masih banyak pembinaan yang tertangguh dan memerlukan sumbangan dari semua penderma.

Tempat yang tenang untuk menuntut ilmu. Pemandangan dari Maahad Darul Quran, Rusila.


InsyaAllah. Dengan sumbangan daripada semua, kompleks ini mampu memberikan keselesaan buat anak-anak maahad menuntut ilmu ukhrawi dan menghafal Al-Quran. Di sini bakal lahirnya pemimpin islam. Amin 


Dana Kos Pengurusan dan Pentadbiran Maahad Darul Quran.

Sebanyak RM500,000 akan digunakan bagi membiayai untuk kos pengurusan dan pentadbiran Maahad Darul Quran. Berikutan daripada wabak pandemik COVID-19 yang berlaku, kelas pengajian pelajar tidak dapat dijalankan seperti biasa. Namun begitu, gaji staff dan guru perlu dibayar setiap bulan. 

Maahad Darul Quran mempunyai 117 orang kakitangan dan 1200 orang pelajar. Namun begitu, ada di antara ibu bapa yang tidak dapat membuat bayaran yuran berikutan situasi semasa COVID-19 menyebabkan pihak kami kekurangan kewangan. Hal ini kerana MDQ bergantung sepenuhnya dengan yuran pelajar bagi membiayai kos pengurusan dan pentadbiran.


Pelajar Maahad Darul Quran, Rusila yang berjaya menamatkan pengajian di sini. Alhamdulillah

Semoga dengan bantuan daripada pihak tuan/puan membantu kami untuk mempunyai dana pengurusan dan pentadbiran Maahad Darul Quran.

Jika pihak tuan/puan berminat untuk menyalurkan sumbangan, kami menyediakan pakej seperti di bawah untuk memudahkan urusan tuan/puan :

PAKEJ A : WAKAF (5 Lot) & INFAQ = RM 200
PAKEJ B : WAKAF (3 Lot) & INFAQ = RM 100
PAKEJ C : WAKAF (2 Lot) & INFAQ = RM 50
PAKEJ D : WAKAF (1 Lot) & INFAQ = RM 30
PAKEJ E : Seikhlas Hati 

Setiap lot bernilai RM 20 dan selebihnya akan diinfaq kepada tabung sumbangan dana untuk menampung kos pengurusan dan pentadbiran Maahad Darul Quran, Rusila.

  Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CD, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah :  

Bank : BANK RAKYAT
Nama Akaun : PEMBANGUNAN MAAHAD DARUL QURAN
No Akaun : 1114 3100 7161


Letakkan reference "MDQ" untuk mudahkan pihak kami agihan dana.


Maklumat tambahan:

1. Azhar Care adalah sebagai wakil yang dilantik oleh Maahad Darul Quran, Rusila untuk mengumpul dana.
2. Setiap sumbangan yang disumbangkan menggunakan Akaun Bank Azhar Care.
3. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
4. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay
5. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi  Ustaz Mat Saril Jusoh di talian +60145083372

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
PAKEJ A : WAKAF (5 Lot) & INFAQ = RM 200
PAKEJ B : WAKAF (3 Lot) & INFAQ = RM 100
PAKEJ C : WAKAF (2 Lot) & INFAQ = RM 50
PAKEJ D : WAKAF (1 Lot) & INFAQ = RM 30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

Log Masuk atau

BUTIRAN SUMBANGAN

Sila lakukan sumbangan RM  ke akaun bank pilihan anda di bawah. 

Pastikan anda tulis rujukan / reference "MDQsemasa membuat bank transfer untuk memudahkan urusan

  • Anda mesti memasukkan emel darulquranrusila@gmail.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
  • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti sumbangan semasa melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
PenamaPEMBANGUNAN MAAHAD DARUL QURAN
No. Akaun1114 3100 7161
Buka iRakyat  

PENGESAHAN

Ada Soalan? Tekan Ni